kesihatan anda

Saturday, August 27, 2005

3 cara lari dari makanan

Apabila ingin berdiet, perkara yang paling sukar dilakukan ialah 'melarikan diri' daripada makanan yang lazat dan enak. LEbih lebih lagi jika makanan tersebut hidangan kegemaran. Berikut beberapa tip untuk menhadapi godaan makanan ini.

1. THINK FIRST - daripada anda makan apa sahaja yang terlihat oleh mata, lebih baik anda tanyakan pada diri anda sendiri dahulu, adakah anda benar benar ingin menikmati makanan tersebut.

2. MINUM BANYAK AIR - pastikan anda membawa sebotol air minuman/mineral walau kemana sahaja anda pergi. Ini untuk megelakkan anda daripada mengambil minuman ringan (soft drinks) apabila anda berasa dahaga. Selain daripada memangkas kalori, cara ini juga dapat megelakkan dehidrasi.

3. MAKANLAH DENGAN TERATUR - lebih baik memilih buah atau salad untuk menggantikan makan malam lengkap atau sarapan. Antioksida dalam buah dan sayur juga dapat membantu melawan sel sel radikal bebas yang dapat merosakkan kulit kerana sinaran matahari.

Timun berkhasiat singkir bahan toksik

ANTARA nasihat yang diberikan untuk menjaga kesihatan ketika keadaan berjerebu ialah makan timun.

Apa kaitan timun dengan jerebu? Berdasarkan perubatan tradisional Cina, timun ada banyak khasiat untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Bagi orang yang mula sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk, timun antara cara mudah dan murah untuk mengatasinya. Caranya mudah, cuma gaulkan hirisan timun dengan sedikit garam dan makan sebagai ulam.

Jerebu teruk yang berpunca daripada asap pembakaran di negara jiran boleh menyebabkan:


1 Gatal kerongkong dan batuk.

2 Mata pedih dan berair.

3 Sukar atau sesak nafas.

4 Hidung berair dan kerap bersin.

5 Kulit gatal dan ruam.

6 Sakit dada.

Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk menjaga kesihatan, iaitu:


Kurangkan aktiviti luar.

Pesakit asma dinasihatkan kekal dalam rumah kerana jerebu boleh sebabkan komplikasi penyakit semakin teruk dan jangkitan kuman.

1 Gunakan topeng muka.

2 Minum banyak air masak.

3 Kurangkan penggunaan kenderaan bermotor.

4 Jangan melakukan pembakaran terbuka.

5 Tutup takungan air simpanan.

6 Elakkan terkena hujan ketika jerebu
.

Saturday, August 20, 2005

tip bantu lelaki menjaga kesegaran kulit

Sebagai lelaki, tidak bermakna anda boleh mengabaikan kebersihan dan kesegaran kulit. Tip dibawah boleh anda ikuti untuk memastikan anda sentiasa tampil sebagai ikon maskulin yang hebat.

1. Jangan biarkan kulit anda menjadi semakin kering tanpa penggunaan bahan pelembap. Bagi anda yang sering terdedah pada sinaran matahari, gunakan pelembap setiap kali selepas mencuci wajah.

2. Tambahkan pengambilan vitamin C. Kekurangan vitamin C boleh merosakkan kolegan kulit. Ambillah lebih banyak buah buahan yang kaya dengan vitamin ini. Tisu tisu yang rosak boleh disembuhkan.

3. Gunakan scrub untuk menaggalkan sel sel kulit mati yang melekat dikulit wajah. Kulit lelaki yang lebih tebal dan mengandungi lebih banyak kolagen, menjadikan wajah lelaki lambat tampak berusia. Tentu wajah yang muda boleh dijadikan aset. Jangan risau memakai scrub dan pelembap.

sayangi mata anda

1. Sekiranya anda menonton televisyen, pastilan anda duduk tegak dan jarak anda tujuh kali lebih jauh dari televisyen.

2. Semasa membaca dibilik bacaaan, pastikan lampunya tiga kali labih terang daripada lampu diruang tamu. Jangan sesekali membaca ditempat yang gelap.

3. Elakkan mata terdedah terlalu lama dihadapan komputer. Masa yang banyak terdedah kepada komputer biasanya akan lebih cepat rabun. Sebagai penyelesaian, rehatkan mata beberapa minit dari mengadap komputer. Duduk tegak dan pastikan komputer berada diparas mata yang sesuai, bukannya mendongak mahupun menunduk.

tip gaya hidup sihat

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

4. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Saturday, August 13, 2005

TIPS ON NUTRITION

~ Eat a variety of foods.

~ Exercise regularly to maintain and/or achieve a healthy weight.

~ Eat plenty of fruits, vegetables and wholegrains. Wholegrains and fortified cereals also contain nutrients such as folate zinc, calcium, vitamin E and B-12, which are often lacking in the diets of the elderly.

~ Moderate your intake of sugar, salt and sodium.

~ Drink at least six to eight glasses of fluid everday.

~ Fruit is a good source of dietry fibre, vitamins and minerals, phytochemcials (plant chemicals) and antioxidants.

~ daily products such as milk, cheese and yoghurt are the best source of calcium. Two glasses of low fat or skimmed milk a day will help meet dailt requirements.

Other sources of calcium can come from fish with edible bones (ikan bilis, sardines), dried peas and beans, beancurd (tofu) and fortified soya bean milk and orange juice.

Sunday, August 07, 2005

vitamin D

Vitamin is essential for the absorption of calcium in our intestines

where to find it?

~ direct sunlight exposure
~ cheese
~ eggs
~ liver
~ cod liver oil
~ some fish like sardines and salmon

Saturday, August 06, 2005

Apakah jerebu?

Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada:

* Pembakaran secara terbuka

* Asap daripada kilang

* Asap daripada kenderaan.

Indeks pencemaran udara (IPU)

IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

Nilai IPU Status

0 - 50 - Baik

51- 100 - Sederhana

101- 200 - Tidak sihat

201- 300 - Sangat tidak sihat

301- 500 - Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.

Jerebu mengancam kesihatan anda

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:

* Kanak-kanak

* Orang tua

* Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan

* Perokok

* Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Tanda dan gejala kesan jerebu terhadap kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

* Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk

* Sukar bernafas atau sesak nafas

* Mata pedih dan berair

* Hidung berair dan kerap bersin

* Kulit badan terasa gatal-gatal

* Sakit-sakit dada

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Cegahlah penyakit akibat jerebu. Ikuti nasihat berikut:

* Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk

* Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan

* Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi

* Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah

* Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah

* Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.

* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih

* Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya

* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak

* Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)

* Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. - Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan.
calcium

Calcium is a major building block for bone strength. A person aged 19 to 50 needs 800mg of calcium aday while a person aged 10 to 18 or 51 and above needs 1000mg of calcium a day

Where to find it

~ low fat milk
~ yoghurt
~ cheese
~ beans
~ tofu
~ fish with edible bones like ikan bilis and sardine
~ dark green leafy vegetables
~ calcium fortified foods

Friday, August 05, 2005

tips sihat

1. Lebih baik jika makan sedikit sedikit dalam kadar yang kerap daripada makan banyak sekali gus. Selain membuat tubuh anda menjadi langsing kerana tidak banyak makanan yang ditimbunkan menjadi lemak, penggunaan tenaga akan menjadi lebih berkesan dan stamina tubuh juga lebih terjaga.

2. Jangan sekali kali melewatkan atau meninggalkan sarapan pagi. Ini kerana dari situlah anda mendapat sumber tanaga anda untuk hari itu. Apabila anda kehabisan tenaga di waktu siang, rasa lemah dan penat akan berpanjang sehingga ke malam.

5 langkah bibir lembut

1. Kelembutan dan kesihatan bibir akan memperlihatkan warna bibir anda. Gunakan gincu bibir yang yang mengandungi pelembap dan bahan antioksida seperti vitamin E, A dan C

2. Sapukan juga balm bibir sebelum membersihkan wajah anda sebelum tidur. gunakan balm atau pelembap bibir sebelum manyaou gincu bagi memastikan bibir lembut dan bersinar.

3. Hindari sinaran matahari berlebihan yang mana akan mengeringkan atau merosakkan bibir. Sekiranya anda banyak terdedah kepadanya, pastikan bibir anda tersalut balm bibir yang mengandungi pelindung matahari. Gunakan juga pelembap bibir sebelum dan selepas berenang atau berjemur.

4. Gunakan balm bibir semasa musim dingin atau semasa anda didalam bilik yang dingin bagi memastikan kelembutan bibir tetap terpelihara.

5. Bagi mengelakkan bibir mengelupas akibat oenggunaan gincu bibir yang kering, sapukan sedikit Vaselin sebelum bergingu.

khasiat makanan

Jintan Manis: Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Jintan putih: Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Epal : Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus: Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang: Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Mentega: Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis: Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Ayam: Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Limau: Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Telur: Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Minyak sapi: Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Madu lebah: Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Salad: Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Ikan: Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan. (*Dengan kata lain sushi tidak elok untuk kesihatan??!!)

Terung: Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


Lemon&oren: Lemon bersifat anti bakteria san baik untuk darah tinggi dan diabetes. Ia juga mampu menghentikan pendarahan, pecah bibir, dan menguatkan dinding salur darah. Lemon merupakan sumber potassium yang baik untuk jantung dan perjalanan darah selain mampu meningkatkan stamina dan menambah tenaga an melegakan batuk dan lelah.

Lime: Lime dapat mengatasi masalah kulit dan jerawat serta memberi kesegaran tubuh dan dapat melegakan batuk dan gangguan pernafasan.

Jaga kebersihan ketika hamil

Walaupun rasa malas sering muncul, wanita hamil diminta untuk mengatasinya. Berikut adalah perkara yang harus diperhatikan oleh setiap wanita hamil ketika merawat dan menjaga kebersihan peribadi.

1. Menjaga kebersihan rambut. Selama kehamilan, rambut akan tumbuh lebih cepat, tebal dan berkilat sehingga akan nampak berminyak. Untuk mengatasinya, cucilah rambut paling sedikit 2-3 kali seminggu.

2. Beruslah gigi secara teratur untuk menghindari terjadinya jangkitan di ronga mulut. Jangkitan yang terjadi dironga mulut akan mudah tersebar ke organ yang lain. Selain, periksalah gigi ke doftor secara teratur.

3. Jagalah kebersihan kulit dengan baik. Ketika mandi, gosoklah kulit secara perlahan untuk menghindari terjadinya luka. Kulit yang luka sangat mudah dijangkiti oleh kuman kuman penyakit.

4. Peliharalah kebersihan payudara. Lakukan urutan mengikuti nasihat doktor. Sokong payudara anda dengan pakaian dalam yang lenih besar dan cukup menyokong.

5. Jagalah kebersihan alat kelamin untuk menghindari jangkitan kandungan. Jika kandungan anda dijangkiti tntunya akan membahayakan pertumbuhan dan perkembangan janin.

factor risiko kanser payudara

Seperti mana yang telah diketahui ramai, kanser payudara adalah 'pembunuh' utama bagi golongan wanita. Terdapat banyak factor factor yang menambahkan risiko seseorang itu untuk mengidap kanser payudara, yang telah didokumenkan. Bagaimanapun, kajian telah membeuktikan bahawa wanita wanita yang mempunyai faktor faktor tertentu adalah lebih berkemungkinan mendapat kanser payudara berbanding golongan yang tidak. Antara faktor faktor yang telah didokumentasikan sebagai risiko mengidap kanser payudara adalah:

* Usia yang meningkat
* Faktor genetik
* Mempunyai ahli keluarga yang mengidap kanser payudara
* Penganbilan pil hormon (oestrogen) setelah putus haid atau pembuangan rahim
* Telah mendapat kenser pada sebelah payudara
* Mula datang haid pada usia kurang daripada
tahun dan putus haid pada usia melebihi tahun
* Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia melebihi tahun
* Dada yang telah diradiasi sebagai terapi untuk pelbagai penyakit
* Mengambil makanan berlebihan lemak
* kurang bersenam
* Menghisap rokok
* Meminum alkohol setiap hari
* berlebihan berat badan

punca punca sembelit

Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalamu sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sebelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (simptom). Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

Sebab-sebab berlakunya sembelit:
* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
* Kurang minum air.
* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.
* Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung-hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.
* Penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism).
* Ubat-ubatan seperti ubat narkotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium.
* Makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement).
* Irritable bowel syndrome/spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini jugak mengalami cirit birit)
* Penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)
* Penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah).


sumber dari majalah mingguan wanita bil: 1089

khasiat madu dan halia

Madu
Madu mempunyai banyak khasiat yang dapat
menyembuhkan pelbagai jenis panyakit. Selain itu madu jugak mengandungi zat zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk meningkatkan stamina. Madu sesuai untuk tubuh badan kerana ian mempunyai zat seperti:
a) kabohidrat, protein, asid amino, vitamin dan mineral yang mudah diserap oleh sel sel badan.
b) kandungan sumber antibodi didalam madu berupaya melawan dan membunuh kuman daripada segala jenis penyakit berjangkit.
c) asid amino dalam madu boleh meningkatkan fungsi dan tugas otak.

Halia
Halia dapat meningkatkan metabolism darah kebahagian organ organ badan yang lain. Aroma halia yang sememangnya merangsangkan kerana berbau harum. Secara tradisionalnya halia ini dapat menyembuhkan beberapa gejala seperti kurang selera makan, kening kepala, sakit sakit sendi, kegatalan pada badan dan bengkak bengkak. Disamping itu halia juga berkhasiat untuk menghangatkan tubuh badan dan membantu proses pencernaan makanan dalam badan. Apa yang lebih penting ialah halia dapat meningkatkan nafsu syahwat dan boleh membuang angin dalam badan.